Tuesday, June 22, 2010

UDANG KERING SAIZ BESAR ( RM40 PER KG)

Udang kering bersaiz besar juga antara kelompok hasil laut yang mendapat sambutan dalam pasaran tempatan kini. Meskipun tidak dapat menandingi populariti udang kering kecil, namun ianya tetap mendapat permintaan tinggi oleh pengusaha-pengusaha hasil laut tempatan. Udang jenis ini tidak dikukus dan melalui proses jemuran di bawah terik matahari sahaja. Teksturnya pula agak keras dan lebih masin .Udang kering dalam ketogori ini diperolehi daripada nelayan-nelayan tempatan untuk dikeringkan. Harga perkilo adalah Rm 40.

UDANG KERING SAIZ KECIL ( RM45 PER KG)

Udang kering bersaiz kecil merupakan antara variasi udang kering yang paling terkenal di sabah terutama di bahagian tawau,sandakan,dan kota kinabalu. udang kering ini digred dengan kualiti premium dan diproses dengan cara berbeza berbanding dengan proses penghasilan pengeringan udang kering lain. Ianya dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dikeringkan di bawah sinaran matahari. Teksturnya lebih lembut dan bersih. Ia hanya diperolehi daripada pengeluar daripada indonesia sahaja. oleh sebab itu, permintaan terhadap udang ini lebih tinggi dipasaran kini. Harga sekiloadalah Rm 45.00. sila hubungi kami untuk membelinya.